Ahad, 19 Mac 2017

REFLEKSI DIRI



      
          Puji dan syukur saya panjatkan kehadirat Tuhan yang Maha Esa karena atas berkat dan Rahmatnya saya dapat berkesempatan mempelajari ilmu dinamika iaitu subjek yang perlu diambil semasa mengikuti program satu tahun di matrikulasi perlis .Saya mengambil subjek ini semester 2 .Pada mulanya saya masih bingung mengapakah subjek dinamika ini patut dipelajari .Saya mula bertanya kepada kawan kawan rapat saya ,apa yang mereka  pelajari dalam subjek dinamika ini semasa di semester 1 .Mereka melontarkan jawapan bahawa subjek dinamika ini mengajar kami dalam membuat video dan pengucapan awam .jawapan yang mereka berikan tidak membantu saya menggambarkan apa sebenarnya dinamika ini .Tetapi saya mula rasa takut untuk mempelajari kerana saya agak lemah dalam  pengendalian dalam komputer tambahan pula proses mengedit video .

 
PENGALAMAN 1:ICE BREAKING

 Perasaan gementar mula timbul apabila bermulanya sesi pertama untuk subjek dinamika .Dengan kehadiran pensyarah yang saya sayangi ialah Puan Noorlida .Sesi pertama dimulakan dengan pengenalan diri setiap pelajar dan cikgu Noorlida menceritakan serba sedikit mengenai subjek dinamika .Cikgu menceritakan ramai bekas pelajarnya sangat berterima kasih kerana subjek dinamika ini diadakan kerana melahirkan mereka insan yang bersedia dalam meneruskan pengajian di alam universiti nanti .Saya mula rasa lega .Sebelum sesi pertama habis cikgu meminta kami menyediakan “ICE BREAKING” dalam bentuk video dan masukkan ke dalam cd untuk ditayangkan .Video itu merupakan kali pertama saya lakukannya  dengan ilmu yang kosong di dada mengenai pembuatan video .Tetapi saya berusaha  mencari jalan untuk mempelajari dari  youtube  kawan-kawan dan pertolongan ayah saya .Semasa proses pembuatan video tersebut, saya mempelajari banyak kesukaran dalam mengendalikannya seperti aplikasi apa yang sesuai untu membuat video.tetapi setiap kesukaran pasti akan ada jalan keluar .Sedikit sebanyak mengerat hubungan diantara kawan-kawan kerana mereka juga mempunyai masalah juga dalam penghasilan video tersebut jadi kami  saling membantu antara satu sama lain .semasa hari pembentangan video saya mendapat pujian kelancaran video tersebut tetapi cikgu menegur supaya ada eye contact dengan penonton.




PENGALAMAN 2:ADAB PROTOKOL

Sesi seterusnya saya mempelajari adab protokol yang betul .Sebelum ini saya tidak mengetahui setiap majlis ada protokol yang tersendiri .jadi saya dapat mempelajari  ilmu pengetahuan  am mengenai  sesuatu majlis yang diadakan .Sebagai contoh kedudukan bendera Malaysia perlu diletakkan di kanan pentas .Ini menunjukkan kita merupakan seorang pelajar yang berilmu .Ramai yang beranggapan ini sesuatu perkara yang remeh .Tetapi sesuatu yang remeh mewujudkan sesuatu kesempurnaan dalam sesuatu perkara .Secara tidak langsung apabila mengadakan sesuatu majlis saya dapat mengendalikan majlis  dengan protokol yang betul.



PENGALAMAN 3:PENAMPILAN DIRI 

 


Di samping itu,saya dan kawan kawan telah diperkenalkan dengan adab penampilan diri yang dilakukan seharian kita . Antara contohnya ialah, cara naik turun tangga ,cara duduk dengan betul  dan cara naik lif .Tetapi sebelum itu, cikgu Noorlida membahagi kumpulan untuk dibentangkan dan meminta kami melayari internet untuk mengetahui setiap gaya yang perlu kami bentang.kaedah ini sangat berkesan kerana ini dapat membantu kami dalam kemahiran mencari dan mendapat maklumat sendiri .seterusnya kami diberi peluang untuk menerangkan kepada ahli kumpulan yang lain untuk sesi pemberian maklumat yang kami akses.secara tidak langsung melatih kami tidak gementar dan terbiasa untuk berucap bagi menyampaikan maklumat .Saya bersyukur di matrikulasi  saya bersama-sama dengan kawan tutoran yang merangkumi  semuanya perempuan .Jadi ini memudahkan saya untuk membuat praktis  untuk berucap .Tambahan pula dulu saya tidak mendapat peluang berucap. Jadi dengan platform ini saya boleh hilangkan rasa gemuruh saya. Pada mulanya saya beranggapan gaya ini tidak perlu dipelajari kerana perkara yang sering kita lakukan tetapi apabila kita mendapat pendedahan yang betul baru ,baru kita sedar samada gaya tersebut betul atau tidak.


PENGALAMAN 4:PERSIAPAN VIDEO STUDY SMART

Pembelajaran seterusnya ialah pembuatan video bersama ahli tutoran yang mempunyai 6 orang ahli sahaja .kami mengalami kesukaran dalam pembahagian tugas kerana kami kekurangan tenaga ahli kumpulan pada mulanya .Tetapi perkara ini tidak menjadi penghalang bagi kami untuk membuat yang terbaik dalam penghasilan video .Banyak pengalaman yang membina  kami perolehi .Saya diamanahkan untuk  bertugas dalam bahagian props .Banyak masalah yang timbul sebenarnya seperti dalam pemilihan tempat agar bersesuaian dengan jalan cerita yang disampaikan , perlu kumpulkan pelakon tambahan supaya wujud suasana yang mahu digambarkan dalam video tersebut.Selain itu, saya perlu pastikan pakaian yang dipakai bersesuaian dengan tema dalam penceritaan tersebut dan perlu memastikan pakaian yang dipakai pelakon tidak bertindih dengan waktu jalan cerita .Sebenarnya walaupun bilangan ahli yang kecil saya dapat melatih diri saya dengan sifat kepimpinan agar setiap cadangan yang saya kemukan dapat diterima dan berjalan lancar dalam menghasilkan video tersebut .Saya juga menerima pendapat dari ahli lain walaupun saya bertugas dalam prop supaya setiap video kami lakukan mendapat kepuasan semua pihak disamping membina sikap bertoleransi sesama ahli kumpulan .


PENGALAMAN 5:PELANCARAN MAJLIS STUDY SMART


Selepas itu ,cikgu Noorlida mengamanahkan untuk menjalankan  majlis pelancaran projek  kami iaitu study smart .kamisangat gembira kerana  majlis tersebut berjalandengan  lancar seperti dirancang dan mendapat pujian atas kelancaran projek ini dari permulaan hingga akhir majlis. dan mengikut protokol dalam majlis.Cikgu Noorlida melihat kumpulan A5T6B wujud kesepakatan dalam menghasilkan projek ini  dan semua ahli menjalankan tugas masing-masing dengan baik .


PENGALAMAN 6:PENGUCAPAN AWAM 



Sesi yang mendebarkan saya iaitu hari pengucapan awam .Saya memilih tajuk tip pengurusan kewangan dalam kalangan pelajar matrikulasi sebagai tajuk pengucapan saya .Kami perlu membuat pengudian untuk memilih giliran pengucap .saya telah mendapat giliran ketiga .Pada mulanya saya sangat gementar untuk berucap kerana pada hari tersebut kerana saya perlu bersaing dengan kawan- kawan yang petah  berucap jika ingin dibandingkan saya.tetapi saya perlu beranggapan positif sebagai titik tolak untuk saya membuat yang terbaik seperti mereka .keseluruhan, saya yang terendah dalam pengucapan tersebut saya mendapat komen dari cikgu yang  menyatakan saya berucap dengan nada yang tinggi dan apabia berucap saya banyak kurang pandangan mata dengan penonton .Berbeza pula dengan pengucap persaing saya.mereka mendapat pujian kepetahan mereka menyampaikan tajuk mereka sendiri .Pujian mereka membakar semangat saya untuk berusaha melakukan yang terbaik lagi .Pengucapan awam ini, saya belajar untuk berucap di khalayak ramai untuk membina semangat keyakinan dalam diri ketika berhadapan dengan orang ramai.




     Hasil pembelajaran subjek  dinamika ini saya mendapat banyak pengalaman baru yang sebelum ini saya tidak pernah melakukanya  .Walaupun subjek dinamika banyak kerja perlu dilakukan tetapi selepas akhir kesusahan kita , pasti aka nada kepuasan yang ada dihati kerana kita dapat melakukannya.saya berharap  generasi seterusnya mendapat pengalaman seperti ini.