Puji dan syukur saya panjatkan
kehadirat Tuhan yang Maha Esa karena atas berkat dan Rahmatnya saya dapat
berkesempatan mempelajari ilmu dinamika iaitu subjek yang perlu diambil semasa
mengikuti program satu tahun di matrikulasi perlis .Saya mengambil subjek ini
semester 2 .Pada mulanya saya masih bingung mengapakah subjek dinamika ini patut
dipelajari .Saya mula bertanya kepada kawan kawan rapat saya ,apa yang
mereka pelajari dalam subjek dinamika
ini semasa di semester 1 .Mereka melontarkan jawapan bahawa subjek dinamika ini
mengajar kami dalam membuat video dan pengucapan awam .jawapan yang mereka
berikan tidak membantu saya menggambarkan apa sebenarnya dinamika ini .Tetapi
saya mula rasa takut untuk mempelajari kerana saya agak lemah dalam pengendalian dalam komputer tambahan pula
proses mengedit video .
PENGALAMAN
1:ICE BREAKING
Perasaan
gementar mula timbul apabila bermulanya sesi pertama untuk subjek dinamika .Dengan
kehadiran pensyarah yang saya sayangi ialah Puan Noorlida .Sesi pertama
dimulakan dengan pengenalan diri setiap pelajar dan cikgu Noorlida menceritakan
serba sedikit mengenai subjek dinamika .Cikgu menceritakan ramai bekas
pelajarnya sangat berterima kasih kerana subjek dinamika ini diadakan kerana
melahirkan mereka insan yang bersedia dalam meneruskan pengajian di alam
universiti nanti .Saya mula rasa lega .Sebelum sesi pertama habis cikgu meminta
kami menyediakan “ICE BREAKING” dalam bentuk video dan masukkan ke dalam cd
untuk ditayangkan .Video itu merupakan kali pertama saya lakukannya dengan ilmu yang kosong di dada mengenai
pembuatan video .Tetapi saya berusaha
mencari jalan untuk mempelajari dari
youtube kawan-kawan dan
pertolongan ayah saya .Semasa proses pembuatan video tersebut, saya mempelajari
banyak kesukaran dalam mengendalikannya seperti aplikasi apa yang sesuai untu
membuat video.tetapi setiap kesukaran pasti akan ada jalan keluar .Sedikit
sebanyak mengerat hubungan diantara kawan-kawan kerana mereka juga mempunyai
masalah juga dalam penghasilan video tersebut jadi kami saling membantu antara satu sama lain .semasa
hari pembentangan video saya mendapat pujian kelancaran video tersebut tetapi
cikgu menegur supaya ada eye contact dengan penonton.
PENGALAMAN
2:ADAB PROTOKOL
Sesi seterusnya
saya mempelajari adab protokol yang betul .Sebelum ini saya tidak mengetahui
setiap majlis ada protokol yang tersendiri .jadi saya dapat mempelajari ilmu pengetahuan am mengenai
sesuatu majlis yang diadakan .Sebagai contoh kedudukan bendera Malaysia
perlu diletakkan di kanan pentas .Ini menunjukkan kita merupakan seorang
pelajar yang berilmu .Ramai yang beranggapan ini sesuatu perkara yang remeh .Tetapi
sesuatu yang remeh mewujudkan sesuatu kesempurnaan dalam sesuatu perkara .Secara
tidak langsung apabila mengadakan sesuatu majlis saya dapat mengendalikan
majlis dengan protokol yang betul.
PENGALAMAN
3:PENAMPILAN DIRI
Di samping
itu,saya dan kawan kawan telah diperkenalkan dengan adab penampilan diri yang dilakukan
seharian kita . Antara contohnya ialah, cara naik turun tangga ,cara duduk
dengan betul dan cara naik lif .Tetapi
sebelum itu, cikgu Noorlida membahagi kumpulan untuk dibentangkan dan meminta
kami melayari internet untuk mengetahui setiap gaya yang perlu kami
bentang.kaedah ini sangat berkesan kerana ini dapat membantu kami dalam
kemahiran mencari dan mendapat maklumat sendiri .seterusnya kami diberi peluang
untuk menerangkan kepada ahli kumpulan yang lain untuk sesi pemberian maklumat
yang kami akses.secara tidak langsung melatih kami tidak gementar dan terbiasa
untuk berucap bagi menyampaikan maklumat .Saya bersyukur di matrikulasi saya bersama-sama dengan kawan tutoran yang
merangkumi semuanya perempuan .Jadi ini memudahkan
saya untuk membuat praktis untuk berucap
.Tambahan pula dulu saya tidak mendapat peluang berucap. Jadi dengan platform
ini saya boleh hilangkan rasa gemuruh saya. Pada mulanya saya beranggapan gaya
ini tidak perlu dipelajari kerana perkara yang sering kita lakukan tetapi
apabila kita mendapat pendedahan yang betul baru ,baru kita sedar samada gaya
tersebut betul atau tidak.
PENGALAMAN
4:PERSIAPAN VIDEO STUDY SMART
Pembelajaran
seterusnya ialah pembuatan video bersama ahli tutoran yang mempunyai 6 orang
ahli sahaja .kami mengalami kesukaran dalam pembahagian tugas kerana kami
kekurangan tenaga ahli kumpulan pada mulanya .Tetapi perkara ini tidak menjadi
penghalang bagi kami untuk membuat yang terbaik dalam penghasilan video .Banyak
pengalaman yang membina kami perolehi .Saya
diamanahkan untuk bertugas dalam
bahagian props .Banyak masalah yang timbul sebenarnya seperti dalam pemilihan
tempat agar bersesuaian dengan jalan cerita yang disampaikan , perlu kumpulkan pelakon
tambahan supaya wujud suasana yang mahu digambarkan dalam video tersebut.Selain
itu, saya perlu pastikan pakaian yang dipakai bersesuaian dengan tema dalam penceritaan
tersebut dan perlu memastikan pakaian yang dipakai pelakon tidak bertindih
dengan waktu jalan cerita .Sebenarnya walaupun bilangan ahli yang kecil saya
dapat melatih diri saya dengan sifat kepimpinan agar setiap cadangan yang saya kemukan
dapat diterima dan berjalan lancar dalam menghasilkan video tersebut .Saya juga
menerima pendapat dari ahli lain walaupun saya bertugas dalam prop supaya
setiap video kami lakukan mendapat kepuasan semua pihak disamping membina sikap
bertoleransi sesama ahli kumpulan .
PENGALAMAN
5:PELANCARAN MAJLIS STUDY SMART
Selepas itu ,cikgu
Noorlida mengamanahkan untuk menjalankan majlis pelancaran projek kami iaitu study smart .kamisangat gembira
kerana majlis tersebut berjalandengan lancar seperti dirancang dan mendapat pujian atas
kelancaran projek ini dari permulaan hingga akhir majlis. dan mengikut protokol
dalam majlis.Cikgu Noorlida melihat kumpulan A5T6B wujud kesepakatan dalam
menghasilkan projek ini dan semua ahli
menjalankan tugas masing-masing dengan baik .
Sesi yang
mendebarkan saya iaitu hari pengucapan awam .Saya memilih tajuk tip pengurusan
kewangan dalam kalangan pelajar matrikulasi sebagai tajuk pengucapan saya .Kami
perlu membuat pengudian untuk memilih giliran pengucap .saya telah mendapat
giliran ketiga .Pada mulanya saya sangat gementar untuk berucap kerana pada
hari tersebut kerana saya perlu bersaing dengan kawan- kawan yang petah berucap jika ingin dibandingkan saya.tetapi
saya perlu beranggapan positif sebagai titik tolak untuk saya membuat yang terbaik
seperti mereka .keseluruhan, saya yang terendah dalam pengucapan tersebut saya
mendapat komen dari cikgu yang menyatakan
saya berucap dengan nada yang tinggi dan apabia berucap saya banyak kurang
pandangan mata dengan penonton .Berbeza pula dengan pengucap persaing
saya.mereka mendapat pujian kepetahan mereka menyampaikan tajuk mereka sendiri
.Pujian mereka membakar semangat saya untuk berusaha melakukan yang terbaik
lagi .Pengucapan awam ini, saya belajar untuk berucap di khalayak ramai untuk
membina semangat keyakinan dalam diri ketika berhadapan dengan orang ramai.
Hasil
pembelajaran subjek dinamika ini saya mendapat banyak pengalaman baru yang sebelum ini
saya tidak pernah melakukanya .Walaupun
subjek dinamika banyak kerja perlu dilakukan tetapi selepas akhir kesusahan
kita , pasti aka nada kepuasan yang ada dihati kerana kita dapat
melakukannya.saya berharap generasi
seterusnya mendapat pengalaman seperti ini.
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadamdone...edit bahasa dan ejaan k..huraian terperinci..congratz
BalasPadam