Terima kasih kerana mengunjungi blog
saya .Boleh saya bertanya satu soalan ? Adakah anda pelajar matrikulasi ??? kalau ya, saya
amat berbesar hati ingin berkongsi tip-tip
pengurusan kewangan dalam kalangan pelajar matrikulasi kerana saya merupakan
salah seorang penuntut matrikulasi .Jadi saya dapat merasai apa masalah yang sering anda alami dalam kehidupan di
matrikulasi .Tetapi janganlah risau jika
anda bukan dari kalangan pelajar matrikulasi itu sendiri kerana apa tip yang
saya kongsikan ini sesuai untuk pelajar pendidikan tinggi supaya anda mendapat
gambaran bagaimana untuk mengurus kewangan anda.
Kawan-kawan pernah mangalami situasi
sebegini” Belum cukup sebulan lagi ,sekejap sahaja duit dah habis .Belum cukup sebulan untuk berbelanja.Apalah
yang aku belanjakan .”jika situasi ini berlaku ,jangan risau kerana saya juga pernah mengalami situasi yang
sama.
Biasalah penuntut kadang-kadang terlalu seronok berbelanja tanpa kita sedar. Tambahan pula penuntut dari kalangan remaja tidak pernah rasa puas dengan apa yang ada.Apa sahaja yang nampak di mata mahu dikautnya. Apabila masalah ini selalu timbul saya perlu mencari jalan untuk selesaikannya .Jadi apa salah saya berkongsi tip ini.Walaupun wang kita yang sedikit ,jika kita uruskan dengan baik pastinya akan mencukupi untuk keperluan kita.
Biasalah penuntut kadang-kadang terlalu seronok berbelanja tanpa kita sedar. Tambahan pula penuntut dari kalangan remaja tidak pernah rasa puas dengan apa yang ada.Apa sahaja yang nampak di mata mahu dikautnya. Apabila masalah ini selalu timbul saya perlu mencari jalan untuk selesaikannya .Jadi apa salah saya berkongsi tip ini.Walaupun wang kita yang sedikit ,jika kita uruskan dengan baik pastinya akan mencukupi untuk keperluan kita.
Tip pertama :Sentiasa catat duit keluar dan
masuk
Cadangan saya sediakan satu buku khas untuk mencatat aliran wang yang kamu belanjakan Lakukan
pada setiap hari dan pastikan kamu menulis semua perbelanjaan yang kamu lakukan
pada hari tersebut .Apabila kamu senaraikannya ,ini sebenarnya memudahkan
kamu melihat wang yang kamu belanjakan itu adakah keperluan atau
kehendak.wang yang kita gunakan untuk kehendak kita boleh kurangkan atau elak
seperti makanan ringan (keropok perasa).Secara tidak langsung kamu dapat
mengawal nafsu berbelanja .Masalah
penuntut ialah mereka berbelanja kerana mereka tidak sedar berapa
banyak yang mereka keluarkan untuk sesuatu barang yang mereka mahukan.
Tip kedua: Membuat
belanjawan peribadi
Setiap awal bulan penuntut matrikulasi akan menerima elaun RM 250 dari KPM bagi
mengurangkan bebanan pelajar dalam tempoh pengajian .Wang yang diperoleh
merupakan satu anngaran kepada kita untuk mengurus perbelanjaan agar mencukupi untuk sebulan. Jadi janganlah
gelojoh dengan wang yang melambai pada anda .Kita sebagai tuan kepada duit
tersebut perlu pandai merancang . Apa saya lakukan sebagai contoh ialah saya memperoleh keseluruhan wang
sebanyak RM350 termasuk wang saku dari ibubapa saya .saya bahagikan wang
tersebut kepada tiga bahagian .Pertama
perbelanjaan wajib seperti yuran pengajian ,makanan dalam RM200.Bahagian kedua
sampingan seperti membeli pakaian RM 100
dan bahagian ketiga ialah cuba
membuat simpanan RM 50 .Jadi sedikit
sebanyak dapat mengawal aliran wang kamu kerana kamu sudah merancang apa yang kamu
perlukan dalam bulan tersebut.belanjawan
kita buat bergantung keselesaan individu.tetapi belanjawan kita buat
berdasarkan jumlah wang kita ada.
Tip ketiga: Mengamal
sikap menabung
Tip yang sebelum ini ,saya ada menyebut
mengenai simpanan(tabungan) .Bagi pandangan saya dari kalangan penuntut
matrikulasi ,untuk menabung semasa di matrikuasi tidak mencabar kerana kerana
pelajar selalunya diberi sebulan dua kali utuk ‘outing’ jadi mengelak wang kita
dibelanjakan pada barangan yang tidak penting . sebenarnya kita digalakkan
membuat tabungan bagi menjamin masa depan kita .tidak perlu simpan wang yang
banyak cukup sekadar mampu digunakan untuk pebelanjaan kelak .Sebagai contoh
pelajar matrikulasi pasti akan menyambung pengajian ke peringkat lebih tinggi
seperti degree.ini memerlukan kos untuk pengajian .Jadi dengana ada
tabungan yang kamu lakukan sedikit
sebanyak membantu anda untuk mendapat
sumber kewangan di peringkat awal .Jelaslah sikap menabung sebenarnya dapat
menolong kita dalam kesusahan tanpa memerlukan kita membuat pinjaman.jika ingin membuat pinjaman
sekalipun untuk yuran pengajian dan simpanan kita sebagai perbelanjaan tempoh
pengajian.
Resit ialah satu kertas yang tidak
berguna bagi saya dahulu.tetapi sekarang baru saya sedar resit sangat penting
agar saya mengetahui berapa banyak yang saya gunakan .Sebenarnya dengan
resit juga ,kamu dapat membuat perbandingan harga barangan kedai yang mana lebih
murah agar kamu mampu membuat penjimatan.selain itu,kamu dapat mengenalpasti
harga barang yang sering dibeli tersebut mengalami kenaikan harga atau tidak.
Jika kenaikan berlaku kamu boleh mengambil langkah untuk mengurangkan pembelian
agar setiap pembelanjaan yang kamu lakukan tidak melebihi budget dan wang yang
sedia ada.
Tip 5: Elak keluar
meluangkan masa ke tempat beli belah
Perkara paling mengembirakan apabila
dapat meluangkan masa dengan kawan-kawan pergi ke tempat membeli belah(OUTING) .Kamu
pasti akan rambang mata melihat pakaian yang cantik-cantik berlaka tanpa
memikirkan wang yang kamu perlu untuk berbelanja .Selalunya yang terjadi pada
saya pasti akan terlebih budget .Selain itu ,kos tambang untuk ke tempat
berkenaan lagi dengan hasutan kawan yang mengajak kita untuk membelinya .Kamu
sepatutunya mengisi masa lapang dengan menghadiri aktiviti kolej ataupun bersukan bersama-sama dengan kawan seperti jogging daripada keluar menghabiskan duit .jadi masa anda akan terisi dan mengurangkan keinginan anda untuk berasa bosan berada di kolej.cuba memperbanyakkan aktiviti pasti masa anda tidak terisi dengan perkara yang membazirkan kewangan anda sebenarnya .
Tip 6: Amalkan gaya hidup
sihat
Penuntut perlu mengamalkan diet
pemakanan yang seimbang supaya dapat membentuk daya pemikiran yang
kreatif .Elak daripada minuman dalam tin atau minuman kafein kerana ia
mengandungi kandungan gula yang tinggi .Secara tidak langsung kamu dapat
mengurangkan perbelanjaan untuk membeli minuman tersebut dengan hari rm 2 setin kepada air mineral yang
hanya rm1 .Jangan hirau orang akan cakap kamu kedekut.tetapi kamu perlu
fikir ini demi kepentingan kamu sendiri.makan tiga kali sehari sahaja
untuk membentuk badan yang sihat.
SUMBER RUJUKAN:
bila nak update...teruja menanti..heee
BalasPadamdone.. info padat... tahniah
BalasPadamHalo,
BalasPadamIni adalah untuk memberitahu orang ramai bahawa Puan Rose Anna, pemberi pinjaman pinjaman swasta telah membuka peluang kewangan untuk semua orang yang memerlukan apa-apa bantuan kewangan. Kami memberi pinjaman pada kadar faedah 2% kepada individu, firma dan syarikat di bawah terma dan syarat yang jelas dan difahami. hubungi kami hari ini melalui e-mel di: (roseannamoore70@gmail.com)