Rabu, 8 Februari 2017

tip pengurusan kewangan dalam kalangan pelajar


                                    
                     
   


Terima kasih kerana mengunjungi blog saya .Boleh saya bertanya satu soalan ? Adakah  anda pelajar matrikulasi ??? kalau ya, saya amat berbesar hati ingin berkongsi tip-tip pengurusan kewangan dalam kalangan pelajar matrikulasi kerana saya merupakan salah seorang penuntut matrikulasi .Jadi saya dapat merasai apa masalah  yang sering anda alami dalam kehidupan di matrikulasi  .Tetapi janganlah risau jika anda bukan dari kalangan pelajar matrikulasi itu sendiri kerana apa tip yang saya kongsikan ini sesuai untuk pelajar pendidikan tinggi supaya anda mendapat gambaran bagaimana untuk mengurus kewangan anda.
 Kawan-kawan pernah mangalami situasi sebegini” Belum cukup sebulan lagi ,sekejap sahaja duit dah habis .Belum cukup sebulan untuk  berbelanja.Apalah yang aku belanjakan .”jika situasi ini berlaku ,jangan risau kerana  saya juga pernah mengalami situasi yang sama. 
Biasalah penuntut kadang-kadang terlalu seronok berbelanja tanpa kita sedar. Tambahan pula penuntut dari kalangan remaja tidak pernah rasa  puas dengan apa yang ada.Apa sahaja  yang nampak  di mata mahu dikautnya. Apabila masalah ini selalu timbul saya perlu mencari jalan untuk selesaikannya .Jadi apa salah saya berkongsi tip ini.Walaupun wang kita yang sedikit ,jika kita uruskan dengan baik  pastinya akan mencukupi untuk keperluan kita.


 
                                                        

Tip pertama :Sentiasa catat duit keluar dan masuk
Cadangan saya sediakan satu buku khas untuk mencatat aliran wang yang kamu belanjakan Lakukan pada setiap hari dan pastikan kamu menulis semua perbelanjaan yang kamu lakukan pada hari tersebut .Apabila kamu senaraikannya ,ini sebenarnya memudahkan  kamu melihat wang yang kamu belanjakan itu adakah keperluan atau kehendak.wang yang kita gunakan untuk kehendak kita boleh kurangkan atau elak seperti makanan  ringan (keropok perasa).Secara tidak langsung kamu dapat mengawal nafsu berbelanja .Masalah penuntut ialah  mereka berbelanja kerana  mereka tidak sedar berapa banyak yang mereka keluarkan  untuk sesuatu barang yang mereka mahukan.


 

Tip kedua: Membuat belanjawan peribadi
Setiap awal bulan penuntut matrikulasi  akan menerima elaun RM 250 dari KPM bagi mengurangkan bebanan pelajar dalam tempoh pengajian .Wang yang diperoleh merupakan satu anngaran kepada kita untuk mengurus perbelanjaan agar  mencukupi untuk sebulan. Jadi janganlah gelojoh dengan wang yang melambai pada anda .Kita sebagai tuan kepada duit tersebut perlu pandai merancang . Apa saya lakukan sebagai contoh  ialah saya memperoleh keseluruhan wang sebanyak RM350 termasuk wang saku dari ibubapa saya .saya bahagikan wang tersebut kepada  tiga bahagian .Pertama perbelanjaan wajib seperti yuran pengajian ,makanan dalam RM200.Bahagian kedua sampingan  seperti membeli pakaian RM 100 dan bahagian ketiga ialah  cuba membuat  simpanan RM 50 .Jadi sedikit sebanyak dapat mengawal aliran wang kamu kerana kamu sudah merancang apa yang kamu perlukan  dalam bulan tersebut.belanjawan kita buat bergantung keselesaan individu.tetapi belanjawan kita buat berdasarkan jumlah wang kita ada.

 

Tip ketiga: Mengamal sikap menabung
Tip yang sebelum ini ,saya ada menyebut mengenai simpanan(tabungan) .Bagi pandangan saya dari kalangan penuntut matrikulasi ,untuk menabung semasa di matrikuasi tidak mencabar kerana kerana pelajar selalunya diberi sebulan dua kali utuk ‘outing’ jadi mengelak wang kita dibelanjakan pada barangan yang tidak penting . sebenarnya kita digalakkan membuat tabungan bagi menjamin masa depan kita .tidak perlu simpan wang yang banyak cukup sekadar mampu digunakan untuk pebelanjaan kelak .Sebagai contoh pelajar matrikulasi pasti akan menyambung pengajian ke peringkat lebih tinggi seperti degree.ini memerlukan kos  untuk pengajian .Jadi dengana ada tabungan  yang kamu lakukan sedikit sebanyak membantu anda  untuk mendapat sumber kewangan di peringkat awal .Jelaslah sikap menabung sebenarnya dapat menolong kita dalam kesusahan tanpa memerlukan  kita   membuat pinjaman.jika ingin membuat pinjaman sekalipun untuk yuran pengajian dan simpanan kita sebagai perbelanjaan tempoh pengajian.



 Tip 4: Simpan resit dalam setiap pembelian
Resit ialah satu kertas yang tidak berguna bagi saya dahulu.tetapi sekarang baru saya sedar resit sangat penting agar saya  mengetahui berapa banyak yang saya gunakan .Sebenarnya dengan resit juga ,kamu dapat membuat perbandingan harga barangan kedai yang mana lebih murah agar kamu mampu membuat penjimatan.selain itu,kamu dapat mengenalpasti harga barang yang sering dibeli tersebut mengalami kenaikan harga atau tidak. Jika kenaikan berlaku kamu boleh mengambil langkah untuk mengurangkan pembelian agar setiap pembelanjaan yang kamu lakukan tidak melebihi budget dan wang yang sedia ada.


 
 
Tip 5: Elak keluar meluangkan masa ke tempat beli belah
Perkara paling mengembirakan apabila dapat meluangkan masa dengan kawan-kawan pergi ke tempat membeli belah(OUTING) .Kamu pasti akan rambang mata melihat pakaian yang cantik-cantik berlaka tanpa memikirkan wang yang kamu perlu untuk berbelanja .Selalunya yang terjadi pada saya  pasti akan terlebih budget .Selain itu ,kos tambang untuk ke tempat berkenaan lagi dengan hasutan kawan yang mengajak kita untuk membelinya .Kamu sepatutunya mengisi masa lapang dengan menghadiri aktiviti kolej  ataupun bersukan bersama-sama dengan kawan seperti jogging daripada keluar menghabiskan duit .jadi masa anda akan terisi dan mengurangkan keinginan anda untuk berasa bosan berada di kolej.cuba memperbanyakkan aktiviti pasti masa anda tidak terisi dengan perkara yang membazirkan kewangan anda sebenarnya .



Tip 6: Amalkan gaya hidup sihat
Penuntut perlu mengamalkan diet pemakanan yang seimbang supaya dapat membentuk daya pemikiran yang kreatif  .Elak daripada minuman dalam tin atau minuman kafein kerana ia mengandungi kandungan gula yang tinggi .Secara tidak langsung kamu  dapat mengurangkan perbelanjaan untuk membeli minuman tersebut  dengan hari rm 2 setin kepada air mineral yang hanya rm1  .Jangan hirau orang akan cakap kamu kedekut.tetapi kamu perlu fikir ini demi kepentingan kamu sendiri.makan tiga kali sehari  sahaja untuk membentuk badan yang sihat.